Today YaNa nak cerita pasal topic "Ambil berat dikatakan menyibuk?" Betulkah ?
Hmmmm....tidak semestinya.... Selalunya orang yang mengambil berat ini dia 'care' pasal kawan baik dia,sedara dia and macam-macam lagi.
Contohnya macam ini
Situasi 1
Kak Bedah ( jiran Dayang selama 10 tahun)
Kak Bedah : Lewat balik semalam Dayang ?
Dayang : Alah..! Sibuk je la Kak Bedah ni ! Sekati orang la nak balik awal ke,lambat ke ?!!
Itulah prasangka yang dilemparkan kepada Kak Bedah.
Ada kemungkinan juga Kak Bedah mengambil berat tentang Dayang kerana Dayang ialah jiran tetangganya.
Kak Bedah mengambil berat ada sebabnya juga....Katakan la rumah Dayang dimasuki pencuri atau apa-apa pun berlaku....Sah-sah la Kak Bedah yang kena soal siasat dengan polis.
Jadi,lain kali kalau org bertanyakan macam ni :
Hannah : Lewat balik semalam Rianna ?
Rianna : Semalam banyak kerja la yang kena selesaikan ( Jwb sekali dgn melemparkan senyuman,barulah nampak manis)
Ok la sampai disini sahaja YaNa dpt coretkan di blog YaNa.
*P/S : Dialog diatas tidak ada kena-mengena dengan sesiapa pun....Kalau terasa itu adalah secara kebetulan....
No comments:
Post a Comment