Sunday, May 1, 2011

Sorry Guys !

Hey guys ! Wazzup !
Korang,sorry sbb YaNa x update blog YaNa dlm masa sebulan nie. YaNa x dpt idea la nak post benda dkt blog YaNa nie.YaNa hrp kalau korang ada ape2 cadangan yg YaNa bleh masukkan dkt blog YaNa,korag bleh la inbox YaNa dkt Facebook.Korang search je nama "YaNa PinKy" haaaa yg tu la YaNa punya fb. Kalau bleh add la YaNa sekali.HIHI !
ok smpai disini jer YaNa dpt coretkan di blog YaNa.
Sekian....terima kasih :)

Relaks sikit ! :D

1) Pilih bulan kelahiran anda :


Januari-Aku cinta
Februari-Aku gigit
Mac-Aku belasah
April-Aku peluk
Mei-Aku terhantuk
Jun-Aku terkentut depan
Julai-Aku menari dengan
Ogos-Aku pergi dating dengan
September-Aku lambai dekat
Oktober-Aku muntah depan
November-Aku jerit dekat
Disember-Aku terlanggar

2) Pilih nombor hari jadi anda :


1-Mak aku
2-Komputer aq
3-Liverpool
4-Garfield
5-Musuh dalam selimut aku
6-Gangster
7-Handphone aku
8-Gerrard
9-Driver bas
10-Semut
11-Kawan baik aku
12-Polis
13-Taik kucing
1-Patung barbie
15-Lee Chong Wei
16-Mak mertua aku
17-Mak tiri aku
18-Girlfriend aku / Boyfriend aku
19-Mak cik Kantin
20-Sharifah Amani
21-Upin dan Ipin
22-Siti Nurhaliza
23-Spongebob
24-Christiano Ronaldo
25-Bapuk / Maknyah
26- Kawan aku
27-Raja lawak / Akademi Fantasia
28-Jiran aku
29-Orang gila
30-Taylor Swift
31-Awek cun / Jejaka tampan

3) Pilih warna baju yang anda pakai sekarang :


Putih-Sebab aku perasan cantik / hensem
Hitam-Sebab aku gila
Pink-Sebab aku single
Merah-Sebab mak aku suruh
Biru-Sebab aku x tahan
Hijau-Sebab aku baik hati
Ungu-Sebab aku cemburu
Kelabu-Sebab bomoh suruh
Kuning-Sekati aku la
Oren-Sebab aku baru putus cinta
Coklat-Sebab aku x tentu arah
Lain-lain-Sebab aku pikir aku hebat ;)

Kongsilah jawapan anda disini :) 
comment-commentla yee 

Puisi TEMAN

Teman,
Kita pernah bersama dahulu,
Bersama mengejar cita-cita,
Bersama menempuh cabaran hidup,
Susah senang kita bersama juga.

Teman,
Tetapi kini semuanya berubah,
Serasi dgn peredaran zaman,
Begitu juga dengan dirimu,
Kini dirimu telah berjaya,
Berjaya mencapai cita-citamu,
Tetapi diri ini kau lupakan,
Mengapa TEMAN ? Mengapa.....

Teman,
Sedangkan satu masa dahulu,
Akulah pendorong cita-citamu,
Pendorong dirimu sehinggalah dirimu berjaya,
Dan juga pemberi semangat ketika dirimu kecewa,
Tetapi apakah dayaku,
Aku hanyalah insan biasa.........


Hargailah kawan anda selagi mereka masih ada. YaNa dah hilang sorang kwn YaNa wktu YaNa kecik lagi....
Al-Fatihah....

Sunday, March 27, 2011

Earth Hour 2011

Hey guys ! Wazzup !
Hari nie YaNa nak cerita pasal "Earth Hour."
Hmmmm sebut jer pasal Earth Hour nie mesti ramai yg tau kan ? Earth Hour nie pasal menjimatkan elektrik sedunia. Maknanya kita harus menutup semua suis utama dan lampu-lampu disekeliling rumah kita....Haaaa 2 terlampau jimat lak kan ?? HAHAHA ! Ada sorang kwn YaNa tutup lampu selama 3 jam....Rajinkan dia ??? HAHAHA ! Memang terlampau rajin p0n ! Nyehnyehnyeh !
YaNa lak semlm terlupa nak tutup lampu sbb YaNa wat keja sekolah dlm pkol 8.15 mlm
then x ingat lak pasal Earth Hour yg bermula drpd pukul 2030-2130 berlangsung selama sejam....
Ok la sampai disini sahaja YaNa dpt coretkan dia blog YaNa
Sekian,,,terima kasih kerana melawat blog YaNa :)

Sunday, March 20, 2011

Finally !

Hey Guys ! Wazzup !
YaNa nak bkk cerita pasal 'Finally' sbb ape tau ?
Sebab hari yang dinantikan oleh YaNa akhirnya hampir jugak ! Sebab,akhirnya besok sekolah akan dibuka !!! OHH YEAH !!! Sesudah selama seminggu YaNa terperap duduk dirumah akhirnya YaNa akan kesekolah jugak !!! YEAH !!! Happynya !!! dpt jumpa cikgu,jumpa kwn n dpt belajar !!! YEAH !!!! :-)
YaNa x sabar2 menanti besok hari !!! ARGHHHHHHH !!! >.< !!!
Cepat la dtg 20/3 !!! YaNa x sabar2 nie !!! HAHA ! bleh jadik giler gak nie !

Ok la sampai disini jer YaNa dpt coretkan di blog YaNa.
Sekian,bye2~!

Saturday, March 19, 2011

Resepi Chocolate Cookie Smarties

Hey guys ! Wazzup !
Hari ni YaNa nak kongsikan resepi Chocolate Cookie Smarties.
Hmmmm,nama p0n agak pelikkan ? Haha !
Okay,here is the recipe.


  • 1 Kg tepung ( ayak dahulu )
  • 1 gelas gula kasar
  • 2 gelas gula halus
  • Minyak sapi secukupnya
  • Hiasan-coklat smarties
Cara-cara :-
1.Ambil tepung dan gaulkan sehingga rata bersama-sama dengan gula halus dan kasar kemudian masukkan minyak sapi secukupnya sehingga menjadi doh yang lembut

2.Ambil sedikit doh tadi dan buat bulat kemudian tekan dengan garfu dan letakkan coklat smarties diatasnya.Kemudian bakar apabila sejuk dan bolehlah dihidang

3.Selamat mencuba ! ;)


Sampai disini jer YaNa coretkan di blog YaNa.
Cuba-cuba la buat ye cookie tuh
Semoga menjadi ! Cewahhhhhh

Friday, March 18, 2011

Perangai pelik ?

Hey Guys ! Wazzup !
Hari nie YaNa nak cerita skit pasal 'Perangai pelik ?'
Hmmmmm nak tau siapakah hamba Allah yg pelik tuh ?
Jap ek........
Haaaa ! Yg nie la hamba Allah yg sye maksudkan tuh !
Yahhhhh nie la gmbr sye ! Kwn2 sye kata sye ada perangai pelik ?
Hmmmmm betul betul betul !
Sejak cuti sekolah selama seminggu nie,YaNa ske sngt update blog YaNa n design blog YaNa.
YaNa nak bg blog nie nmpk cantik la skit mcm blog kwn2 YaNa
Lagipun,YaNa duduk rumah x wat pape2....so,YaNa update la blog YaNa
Ada bnyk lg entries yg YaNa bakal masukkan
InsyaAllah.....
Sampai disini jer YaNa dpt coretkan dia blog......
Sekian,terima kasih ! Cewahhhhhhh ! Haha !